Friday, October 9, 2009

Open house Miss Azura

All of my student are invited to my open house tomorrow , 10 October, 2009 start at 2pm untul evening. If you're free, you're please to come..

Thank you..

Love,
Miss Azura ('',)

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Wishing to all my students of Happy Hari Raya and Happy holidays..
  • to the Muslims students, forgive me zahir dan batin..
  • and for those who are from Taiping and the nearest area in Perak you are invited to my family open house on the Wednesday, September 23, 2009.. at Bukit Jana, Kamunting
  • just give me a call, if you are interested to come..
Enjoy ur holidays...

With love,
Miss Azura ('',)

Monday, July 27, 2009

UUM Cuti Seminggu

Universiti Utara Malaysia (UUM) pula semalam menangguhkan semua kuliah di institusi itu selama seminggu sehingga 1 Ogos ini berikutan beberapa pelajarnya dikesan terkena jangkitan penyakit seperti influenza (ILI).

Di ALOR SETAR, Timbalan Naib Canselornya UUM, Prof Dr Abdul Razak, berkata semua kuliah yang dijadualkan ditangguhkan sehingga Sabtu ini bagi menyekat sebarang jangkitan daripada merebak di kalangan pelajar ketika berkumpul dalam dewan kuliah.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menghubungi pihak berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Kedah untuk mendapatkan kerjasama dalam usaha memantau dan menyekat sebarang rebakan penyakit itu di dalam kampus UUM.

Bagaimanapun beliau berkata, segala urusan pentadbiran serta beberapa aktiviti lain yang tidak membabitkan perkumpulan pelajar di kampus UUM tetap diteruskan.

“Kita masih beroperasi macam biasa tetapi dalam langkah berjaga-jaga... setakat ini kita tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi supaya semua kakitangan UUM memakai topeng atau sebagainya,” katanya.

Sumber: Berita Harian dan My Adha.blogspot.com

Saturday, July 18, 2009

New Things, new Life


Quite long i left this blog.. now it's time for me to update my things and my new life.. coming back to UUM is one thing that i couldn't imagine.. living as a UUM graduate in year 2006, now i'm back as one of the lectures in sharing and giving my knowledge to all the new comers in UUM.. Welcome back Miss Azura.. it's shows that i really love UUM..

But doesn't matter.. maybe this place is the suit place for me to gain my experience in the education line..

I'm been giving the responsibilities to conduct my own classes.. Introductions to Communication, Introductions to Communication Technology and ICT & Society... so for my students, a welcome greeting and hopefully u're happy having me as one of ur lecture here..

Love,
Miss Azura ('',)

Sunday, March 29, 2009

Iklan Jawatan Kosong Pensyarah 2009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA
JAWATAN KOSONG

Universiti Teknologi MARA Melaka dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia
yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan
berikut di Kampus Universiti Teknologi MARA, MELAKA bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. JAWATAN : PENSYARAH GRED DM 45 SECARA TETAP/KONTRAK
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

2. JADUAL GAJI MATRIKS :
: P1T1 RM2546.05 - P1T21 RM5484.96
Gred DM 45 : P2T1 RM2642.06 - P2T21 RM5788.25
: P3T1 RM2742.25 - P3T21 RM6113.85

3. FAKULTI/BIDANG :
GUGUSAN : SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN

Akademi Pengajian Bahasa

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

Bahasa Melayu Seni Halus

Bahasa Inggeris Seni Reka Grafik dan Media Digital

Bahasa Mandarin Fotografi

Bahasa Arab Liberal Studies


Asas Seni Lukis & Seni Reka




Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi

Perhubungan Awam Sains Politik

Periklanan

Penerbitan Pentadbiran Awam

Kewartawanan




Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan Fakulti Undang –Undang

Pengurusan Pelancongan Undang-Undang

Pengurusan Hotel
GUGUSAN : PENGURUSAN PERNIAGAAN

Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat Fakulti Pengurusan Perniagaan


Pengurusan Sistem Pejabat Perniagaan Antarabangsa

Komunikasi Korporat Insurans

Pengurusan Perniagaan Kewangan

Teknologi Maklumat Pengurusan


Pemasaran

Fakulti Perakaunan Ekonomi

Perakaunan



GUGUSAN : SAINS & TEKNOLOGI

Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Komputer



Matematik



3. SYARAT LANTIKAN

(a) Warganegara Malaysia.

(b) Calon mestilah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45

(i) Ijazah Sarjana (Masters) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi –institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah Gred DM45:P1T4)

dan

(iii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan

4. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan.

(b) Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari
54 tahun pada tarikh lantikan.

(c) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah
disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.

(d) Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang
telah disahkan :

• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip
Akademik Terperinci)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu
untuk mengambilkira pengalaman kerja/Penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan
kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

(e) Nama bidang dan Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas
sebelah kiri sampul surat permohonan.

(f) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang memiliki CGPA 3.00 ke atas untuk
Gugusan Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Gugusan Pengurusan dan Perniagaan
dan CGPA 2.75 dan ke atas bagi Gugusan Sains dan Teknologi di peringkat
Ijazah Sarjana Muda.

(g) Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan
berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan
tidak akan diproses.

(h) Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.

(i) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

(j) Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.


5. CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA
yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran,UiTM Melaka.
Borang permohonan
juga boleh diperoleh dengan melayari laman web UiTM di http://www.melaka.uitm.edu.my

(b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 April 2009

(c) Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA
78000 ALOR GAJAH,MELAKA
NO TEL : 06-5582000/06-5582015/06-5582016

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan dengan segera di dalam bidang-bidang yang berkaitan.

TARIKH IKLAN DISIAR
: 29 MAC 2009
TARIKH TUTUP

: 13 APRIL 2009 (bertanda *)
: 31 MEI 2009 (lain-lain jawatan)

(Sila Klik Di Sini Untuk Muat Turun Borang Permohonan Jawatan)


A. JAWATAN DITAWARKAN

• KAKITANGAN AKADEMIK klik di sini

B. CARA MEMOHON
a.Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
b. Pemohon yang telah memohon lebih daripada tiga (3) kali dalam tempoh 3 tahun tidak digalakkan memohon.
c. Sila catatkan nama jawatan bagi jawatan pentadbiran manakala bidang pengkhususan bagi jawatan akademik di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
d. Permohonan yang tidak mencatatkan jawatan yang dipohon atau bidang pengkhususan serta dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.
e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 12 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
f.
Jawatan sambilan bagi kakitangan akademik dibuka untuk permohonan sepanjang tahun.
g. Sila kemukakan permohonan kepada :

Pengurus
Jabatan Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra
43000 Bangi, Selangor

g.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Jelani Nordin atau En. Mohd Azli Hj Shahani di talian 03-89254251 di sambungan 3304 dan 3339.


A. JAWATAN AKADEMIK
1. JAWATAN :
KAKITANGAN AKADEMIK BAGI GRED DK29 / U31 / DK45 / DK51 / DK53 TETAP / KONTRAK

2. KELAYAKAN

Phd / Ijazah Sarjana dari universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan kecuali dinyatakan keperluan kelulusan lain;

Berpengalaman di dalam pengajaran dan pembelajaran serta berkebolehan dalam menguasai Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab akan diberi keutamaan;

Syarat- syarat umum di atas adalah diperlukan mengikut bidang kecuali ia dinyatakan secara spesifik di dalam kolum tertentu;

Semua bidang-bidang akademik yang dinyatakan di bawah adalah dibuka untuk jawatan SEPENUH MASA dan SAMBILAN.

4. FAKULTI / BIDANG :

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH

• Sarjana Syariah (Pengurusan) *
- Kelulusan PhD dalam bidang Syariah / Syariah (Ekonomi Islam) atau;
- Kelulusan Ijazah Sarjana beserta
pengalaman dalam industri

• Sarjana MBA (Muamalah) *
- Kelulusan PhD dalam bidang Pengurusan
Perniagaan atau;
- Kelulusan Ijazah Sarjana berserta
pengalaman dalam industri

AKADEMI ISLAM
• Syariah Pengurusan / Syariah Ekonomi
• Syariah Undang-Undang (MCL/LLM/LLS & LLB) *
- Dibuka untuk tenaga pengajar sambilan yang praktis sebagai Peguam Syarie.
• Tahfiz (Qiraat) *
• Pengajian Islam *
• Pengajian Malaysia (Sains Politik) *
• Usuluddin / Dakwah
• Al Quran Al Sunnah (Tafsir & Hadith)
FAKULTI PENGURUSAN DAN MUAMALAH
• Pengurusan / Pembangunan Sumber Manusia *
• Pengurusan Perniagaan *
• Perakaunan *
• Kaunseling / Psikologi
• Ekonomi / Ekonomi Kewangan
• Kewangan dan Perbankan *
- Kelulusan Ijazah Sarjana di dalam bidang Takaful / Insuran / Pengurusan Risiko.
- Berpengalaman dalam industri / bidang
Takaful.
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS INFORMASI
Teknologi Maklumat (Multimedia) *
Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
E-Dagang
Teknologi Maklumat (Rangkaian) *
Teknologi Maklumat (Matematik)
Teknologi Maklumat (Umum)
Teknologi Maklumat
- Kelulusan Diploma Teknologi Maklumat untuk jawatan Penolong Pensyarah.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
• Bahasa Jepun *
• Bahasa Inggeris *
• Bahasa Mandarin
• Bahasa dan Kesusasteraan Arab
- Kepakaran dalam bidang terjemahan diperlukan.
• Bahasa Melayu
• Bahasa Arab
• Komunikasi (Media/Penyiaran/ Kewartawanan) *
- Graduan daripada UiTM, UKM dan UIAM
digalakkan memohon
FAKULTI PENDIDIKAN
• Pendidikan (Pendidikan Islam/TASL/TESL) *
- Berpengalaman minimum 5 tahun di dalam bidang keguruan.
- Berkebolehan mengajar subjek-subjek seperti Bimbingan dan Kaunseling, Psikologi Perkembangan Teknologi Pendidikan, GERKO, Dinamika Guru, Sekolah dan Pelaksanaan Kurikulum, Insan Guru dan Keguruan, Asas Pendidikan dan Keguruan Islam atau Pedagogi Pendidikan Islam.
- Dibuka untuk tenaga pengajar sambilan. (Sabtu dan Ahad)
FAKULTI SAINS KEJURURAWATAN DAN KESIHATAN SEKUTU
• Pensyarah Kejururawatan *
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejururawatan
- Memiliki Sijil Pengajaran (kejururawatan)
- Jururawat berdaftar dengan minimum 5 tahun pengalaman.
• Pengajar Klinikal *
- Diploma Kejururawatan Jururawat berdaftar dengan minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang klinikal atau;
- Memiliki sijil 'Post Basic' dengan minimum 3 tahun pengalaman dalam kejururawatan.
Nota :
Bagi jawatan Pengajar Klinikal sambilan, pemohon yang tinggal berdekatan atau sekitar hospital -hospital di HUSM Kubang Kerian, Tampin, Kuala Pilah, Seremban, Banting, Klang, Port Dickson, Ampang, Muar, Kluang dan Johor Bahru adalah digalakkan memohon.

One in a MiLLion 3 vs Akademi Fantasia 7


vs


Dua program realiti pencarian bakat terutamanya dalam bidang nyanyian sedang hangat ditayangkan di stesen-stesen tv swasta. Penulis tertarik untuk membandingkan kedua-dua program realiti ini dari prespektif penulis sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, program realiti One in a Million nyata membawa impak unik kepada penulis. Penulis lebih gemar menonton program realiti ini berbanding AF7. Ntah kenapa AF7 kali ini tidak segah tagline "transformasi" seperti yang digembar-gemburkan.

Ke mana transformasi yang dijanjikan oleh pihak akademi kepada penonton..? Atau apakah AF7 telah hilang seri dan taringnya untuk dipertandingkan..? Atau AF7 telah hilang 'aura' nya..? Segalanya ada pada mata penonton. Penonton nilaikan sendiri. Kita bukannya tak tahu menahu pasal muzik ni.. Maklum ajalah sebut saja pasal istilah-istilah 'pitching', 'bubling', kuasai pentas ish dan macam-macam lagi, sedikit sebanyak telah mendidik penonton tentang seni muzik.

Jadi sebagai penonton, kita berhak memilih program manakah yang menarik perhatian.. bukan beerti penulis menidakkan populariti AF7 cuma, penulis beranggapan program ini telah hilang auranya. Bukan juga penulis tidak memberi peluang kepada pucuk pimpinan wanita dalam mengetuai akademi cuma penetapan matlamat tanpa usaha gigih tidak membuktikan hasil yang setimpal.

Ataukah penulis terlalu cepat menilai tanpa memberi peluang..? jadi untuk membuktikan kata-kata dan pandangan penulis ini salah, maka pihak akademi perlu membuktikan bahawa istilah 'transformasi' benar-benar terbukti dan suara manakah bernilai sejuta ringgit bakal diketahui.. Sama-sama kita nantikan..



Imuniti milik Tomok - Yezza


Ihsan klip dari YouTube.com

Aku tak dapat nak tonton live show One in a Million hari tu. Jadi aku cuma tonton siaran ulangannya kat TV9. Apa-apa pun, konsert Top-7 kali ini memang menarik. Pelbagai genre lagu diubah hanya untuk memastikan peserta-peserta mendapatkan habuan, iaitu 'Imuniti'. Apa-apa pun aku memang tertarik sangat dengan transformasi (ops pinjam jap istilah af7) Tomok. Risiko Tomok memilih lagu nyanyian juri Syafinaz, Ingin Bersamamu dan mengubah melodi lagu tersebut dari berentak perlahan ke rancak cukup mengejutkan. Sehinggakan Syafinaz menggelarkan Tomok sebagai seorang yang cerdik muzik. Dan diatas kecerdikannya, Tomok layak menerima imuniti pada kali ini. Entah mengapa, platform realiti ini benar-benar mengubah Tomok dan penonton dapat melihat Tomok dari perspektif yang berbeza. Dan pastikan Tomok akan terus berusaha dari minggu ke minggu kerana dengan persembahan ini, anda telah meletakkan satu standard bahawasanya penonton mahupun persembahan anda hebat dan hebat dari minggu ke minggu. Berusahalah Tomok.

* One in a Million inilah benar-benar satu transformasi pada aku. Ntahlah.. korang rasa..?

Friday, March 27, 2009

One in a MiLLion 3

Berdasarkan kotak undian peserta yang masih tinggal dalam one in a million jelas membuktikan bahawasanya peserta lelaki masih tetap kekal dalam pertandingan berbanding dengan peserta wanita. Setelah empat minggu konsert mingguan berlalu, seorang demi seorang peserta wanita terpaksa meningggalkan pentas dek kerana undian tidak meyebelahi mereka. Apakah nasib peserta wanita akan terus malang pada malam ini ataupun buat pertama kalinya peserta lelaki terpaksa menuruni pentas pada malam ini?
Sama-sama kita saksikan..

* Konsert minggu lalu:
Pada aku yang mungkin melihat sebagai penonton, pasti tidak mempunyai ilmu yang hebat tentang muzik tetapi pada aku, mana-mana peserta yang berjaya menaikkan bulu roma aku dan membuatkan aku terpaku dengan persembahan mereka merupakan peserta yang benar-benar hebat. Yelah, kalau tak, takkan lah mereka terpilih dalam pertandingan ini kan.. hahahahaha
Ok kembali serius. Pada konsert minggu lepas, pada aku yang benar-benar menyerlah dengan lagu yang diubah dari lagu asal adalah ---->

Pilihan minkun:
1. Nine - Karma
Lagu asal yang dibawa oleh kumpulan Cokelat dari Indonesia ini telah diolah melodinya menjadi sebuah melodi berentak jazz dan Nine sendiri telah keluar dari kepompong persembahan-persembahannya yang lepas, berubah menjadi satu persembahan yang cukup santai dan menghiburkan.
2. Amylea - I'm yours
Lagu Jason Mraz yang sedang hits di corong-corang radio ini, diolah menjadi milik Amylea. Dengan imej (yang aku gelar lingkaran Amylea) yang kali ini dilukis dilengannya cukup menarik perhatian aku.

Hanya dua peserta ini yang menarik pada pemerhatian aku. Dan pada aku seharusnya imuniti itu diberikan pada Nine, namun sekali lagi aku tegaskan aku hanya penonton. Itu hanya pendapat dan pandangan aku.

Dan sekali lagi aku tegaskan aku bukankah peminat Nine sangat , cuma aku terpesona dengan gaya dia menggayakan lagu Karma pada minggu lepas.

Apa-apa pun kita tunggu kelainan konsert pada malam ini.

* Aku jugak terpana dengan persembahan Tomok pada ketika dia menyampaikan lagu Lalala Kerjalah. Memang versi Meet Uncle Tomok betullah.. ('',)