Sunday, March 29, 2009

Imuniti milik Tomok - Yezza


Ihsan klip dari YouTube.com

Aku tak dapat nak tonton live show One in a Million hari tu. Jadi aku cuma tonton siaran ulangannya kat TV9. Apa-apa pun, konsert Top-7 kali ini memang menarik. Pelbagai genre lagu diubah hanya untuk memastikan peserta-peserta mendapatkan habuan, iaitu 'Imuniti'. Apa-apa pun aku memang tertarik sangat dengan transformasi (ops pinjam jap istilah af7) Tomok. Risiko Tomok memilih lagu nyanyian juri Syafinaz, Ingin Bersamamu dan mengubah melodi lagu tersebut dari berentak perlahan ke rancak cukup mengejutkan. Sehinggakan Syafinaz menggelarkan Tomok sebagai seorang yang cerdik muzik. Dan diatas kecerdikannya, Tomok layak menerima imuniti pada kali ini. Entah mengapa, platform realiti ini benar-benar mengubah Tomok dan penonton dapat melihat Tomok dari perspektif yang berbeza. Dan pastikan Tomok akan terus berusaha dari minggu ke minggu kerana dengan persembahan ini, anda telah meletakkan satu standard bahawasanya penonton mahupun persembahan anda hebat dan hebat dari minggu ke minggu. Berusahalah Tomok.

* One in a Million inilah benar-benar satu transformasi pada aku. Ntahlah.. korang rasa..?

No comments:

Post a Comment