Friday, March 27, 2009

One in a MiLLion 3

Berdasarkan kotak undian peserta yang masih tinggal dalam one in a million jelas membuktikan bahawasanya peserta lelaki masih tetap kekal dalam pertandingan berbanding dengan peserta wanita. Setelah empat minggu konsert mingguan berlalu, seorang demi seorang peserta wanita terpaksa meningggalkan pentas dek kerana undian tidak meyebelahi mereka. Apakah nasib peserta wanita akan terus malang pada malam ini ataupun buat pertama kalinya peserta lelaki terpaksa menuruni pentas pada malam ini?
Sama-sama kita saksikan..

* Konsert minggu lalu:
Pada aku yang mungkin melihat sebagai penonton, pasti tidak mempunyai ilmu yang hebat tentang muzik tetapi pada aku, mana-mana peserta yang berjaya menaikkan bulu roma aku dan membuatkan aku terpaku dengan persembahan mereka merupakan peserta yang benar-benar hebat. Yelah, kalau tak, takkan lah mereka terpilih dalam pertandingan ini kan.. hahahahaha
Ok kembali serius. Pada konsert minggu lepas, pada aku yang benar-benar menyerlah dengan lagu yang diubah dari lagu asal adalah ---->

Pilihan minkun:
1. Nine - Karma
Lagu asal yang dibawa oleh kumpulan Cokelat dari Indonesia ini telah diolah melodinya menjadi sebuah melodi berentak jazz dan Nine sendiri telah keluar dari kepompong persembahan-persembahannya yang lepas, berubah menjadi satu persembahan yang cukup santai dan menghiburkan.
2. Amylea - I'm yours
Lagu Jason Mraz yang sedang hits di corong-corang radio ini, diolah menjadi milik Amylea. Dengan imej (yang aku gelar lingkaran Amylea) yang kali ini dilukis dilengannya cukup menarik perhatian aku.

Hanya dua peserta ini yang menarik pada pemerhatian aku. Dan pada aku seharusnya imuniti itu diberikan pada Nine, namun sekali lagi aku tegaskan aku hanya penonton. Itu hanya pendapat dan pandangan aku.

Dan sekali lagi aku tegaskan aku bukankah peminat Nine sangat , cuma aku terpesona dengan gaya dia menggayakan lagu Karma pada minggu lepas.

Apa-apa pun kita tunggu kelainan konsert pada malam ini.

* Aku jugak terpana dengan persembahan Tomok pada ketika dia menyampaikan lagu Lalala Kerjalah. Memang versi Meet Uncle Tomok betullah.. ('',)

No comments:

Post a Comment