Sunday, March 29, 2009

One in a MiLLion 3 vs Akademi Fantasia 7


vs


Dua program realiti pencarian bakat terutamanya dalam bidang nyanyian sedang hangat ditayangkan di stesen-stesen tv swasta. Penulis tertarik untuk membandingkan kedua-dua program realiti ini dari prespektif penulis sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, program realiti One in a Million nyata membawa impak unik kepada penulis. Penulis lebih gemar menonton program realiti ini berbanding AF7. Ntah kenapa AF7 kali ini tidak segah tagline "transformasi" seperti yang digembar-gemburkan.

Ke mana transformasi yang dijanjikan oleh pihak akademi kepada penonton..? Atau apakah AF7 telah hilang seri dan taringnya untuk dipertandingkan..? Atau AF7 telah hilang 'aura' nya..? Segalanya ada pada mata penonton. Penonton nilaikan sendiri. Kita bukannya tak tahu menahu pasal muzik ni.. Maklum ajalah sebut saja pasal istilah-istilah 'pitching', 'bubling', kuasai pentas ish dan macam-macam lagi, sedikit sebanyak telah mendidik penonton tentang seni muzik.

Jadi sebagai penonton, kita berhak memilih program manakah yang menarik perhatian.. bukan beerti penulis menidakkan populariti AF7 cuma, penulis beranggapan program ini telah hilang auranya. Bukan juga penulis tidak memberi peluang kepada pucuk pimpinan wanita dalam mengetuai akademi cuma penetapan matlamat tanpa usaha gigih tidak membuktikan hasil yang setimpal.

Ataukah penulis terlalu cepat menilai tanpa memberi peluang..? jadi untuk membuktikan kata-kata dan pandangan penulis ini salah, maka pihak akademi perlu membuktikan bahawa istilah 'transformasi' benar-benar terbukti dan suara manakah bernilai sejuta ringgit bakal diketahui.. Sama-sama kita nantikan..



No comments:

Post a Comment